Friday, December 31, 2010

Meeting Kali Kedua

Meeting kali kedua Go-Green Crew

Tarikh: 28 December 2010
Masa: 8.00 malam
Tempat: Seksyen 7 Shah Alam

Agenda- agenda meeting:

  • briefing bagi aktiviti Le Tour de Cerakah yang akan dijalankan pada 2 Januari 2011 nanti. Beberapa perubahan telah dibuat atas persetujuan crew2 yg hadir di mana aktiviti hanya dijalankan sehingga tengah hari sahaja. Sila rujuk post Le Tour de Langkawi untuk jadual aktiviti.
  • pemilihan design logo rasmi Go-Green Crew yang sesuai untuk kelab.
  • perbincangan aktiviti seterusnya untuk bulan februari nanti. Antara cadangan aktiviti seperti melawat rumah anak2 yatim dan aktiviti 'fund raising' untuk menambah tabung kelab supaya dapat melakukan aktiviti2 amal.

terima kasih pada ahli yg hadir meeting








nak tengok lagi byk gambar, click saja kami di facebook...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1763558534298&set=a.1762535788730.2103477.1399160154#!/profile.php?id=100001725055659&v=wall

Sunday, December 19, 2010

Semenyih Waterfall Sungai Tekala

kesinambungan pada cerita Broga Hill Expedition...Go-Green Crew telah singgah di Air Terjun Sg Tekala dalam perjalanan balik ke Klang...Air terjun Sg Tekala agak terkenal dikalangan pecinta alam dan yg suka mandi sungai ni..dekat sini pun disediakan kemudahan utk ssiapa yg nak camping...

dari Broga ke Sg Tekala ni lebih kurang 15 minit dan kena jalan kaki masuk dalam lebih kurang 5 minit...jangan lupa bayar masuk rm1 satu kepala...hehhe....baru je nak hilang letih panjat bukit broga pastu lagi sekali kena panjat tangga sg tekala pula...letih mmg letih tp semangat nak mandi tu lebih dari segalanya...cewah.mana taknya badan dah berpeluh2 lepas panjat broga so inilah masanya nak segarkan badan... so apa lagi tunggu..123 terjun...sejuknya sampai ke tulang beb... 


lepas mandi Go-Green Crew singgah makan kat Sate Hj Samuri Kajang untuk lunch...nak ucap terima kasih banyak2 kat Nazirul sebab belanja crews makan sate kajang....lain kali belanja lagi yer....habis makan kami bertolak untuk pulang dan sampai di Klang lebih kurang 5 petang...




Semenyih Waterfall Sungai Tekala

banyak batu tajam...hati2 :)

kami nak mandi..nak mandi...
kitorang je yg tahu betapa sejuknya air sg ni sampai menggeletar

pasang khemah...rajin sungguh dua orang ni

best + sejuk + gigil
lunch time...makan sate..sampai lebam
kenangan di Sate Hj Samuri Kajang..terbaekk..

nak tengok lg byk gambar boleh gi kat link bawah ni atau join group kami di facebook..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1763558534298&set=a.1762535788730.2103477.1399160154#!/profile.php?id=100001725055659&v=wall

Friday, December 17, 2010

"Le Tour de Cerakah"



Tentative Programme
“Le Tour de Cerakah”



Date: 2 Januari 2011         
  
Venue: Bukit Cerakah Shah Alam

Time: 8.00-a.m- 6.00 p.m.


Time

Events
6.30 a.m

Gathering at ESSO Petrol Pump Station( near Yayasan Selangor)
7.00 a.m

Registration & Breakfast
7.30 a.m

Excersice ( Poco-poco Dancing )
8.00 a.m
Start Cycling Tour (2 hours)
Visiting 4 Seasons Temperate Garden 

12.00 p.m Lunch
1.00 pm

Activity End








Sebarang pertanyaan atau berminat untukbersama-sama kami sila hubungi:
Cik Soraya (Honorary Treasurer)
017-2609809

atau mengenai our blog n publisiti
Cik Haza (IT & Publicity Committee)
017-6487820

Committee Members of Go-Green Crew (GGC) Club



President
Raja Shahrul Nizam Raja Yahya
 
Vice President 
Noor Hidayah Binti Aziz

General Secretary
  Nurul Syazwani Bt Mohd Sani

Honorary Treasurer
  Nur Soraya Binti Zakaria

IT & Publicity Committee 
Hazariah Hafiz

Food & Beverage Committee
Siti Hajar Jahari

Special Task Committee 
Sahabudin Mat Nor

Transportation & Logistic Committee
Nazirul Safwan

.

Proposed List of Activities 2011...


1. Saga Hill Hiking Expedition.


2. Cycling at Bukit Cerakah.


3. Skytrex Adventure.


4. ATV Adventure (4 tyre- motorcycle)


5. Camping Site @ Lata Kijang.


6. Penang Travel & Bagpackers.



7. KMX (street cycling at Putrajaya)



8. Kayak-king @  Putrajaya Wetland


9. Island Tour.


10. Aidilfitri Convoy


11.Member’s Wedding Convoy

12. PERNIM Orphans’ home


13. Sharing LOVE @ Old Folks Home


14. Fund raising activities (car wash, garage sales)

 

15. Motivation Talk for students


15. Gotong-royong



16. Public Welfare i.e: fakir miskin, cronic disease & death.


17. Birthday Celebration (for registered members)

"Think Green, Go Green"

Ramai yang tertanya-tanya Go-Green Crew ni kelab ape? untuk siapa? tentang ape? malah pelbagai lagi persoalan tentang kelab yang tiba-tiba sahaja wujud ini... Untuk pengetahuan semua, kelab ini baru sahaja ditubuhkan pertengahan Disember 2010 oleh Jawatankuasa Penaja yang teridiri dari sy (Raja Shahrul Nizam), Noor Hidayah Aziz (Etot), Nur Soraya Zakaria (Sue), Syazwani (Kak Ani), Hazariah Hapiz (Haza), Hajar Jahari (Jaja), Nazirul Safwan (Bear), dan beberapa lagi rakan kami yg turut serta dalam cadangan menubuhkan sebuah kelab. Mungkin ramai yang terperanjat dengan kemunculan kelab ini. Maka disini sy ingin menerangkan lebih lanjut tentang sejarah penubuhan kelab ini.

 Mesyuarat bersama comittee GGC

Ahli-ahli GGC yang hadir




 Kelab ini ditubuhkan bertitik-tolak dari kejayaan Saudari Noor Hidayah (Etot) yang berjaya menganjurkan Program Ekspedisi Mendaki Bukit Broga pada cuti Maal Hijrah yang lalu bersama 10 orang rakan-rakan yang lain. Aktiviti reunion mengejut ini pada mulanya sukar dilihat untuk berjaya kerana khuatir dengan komitmen yang mungkin kurang dari rakan-rakan.. Mane tak nye, perancangan yang singkat ditambah dengan  hajat rakan-rakan untuk melihat matahari terbit di puncak Broga menambahkan kerisauan.. Kami masing2 bertanya kepada diri sendiri, boleh jd ke program nie??? nak kene berkumpul plak seawal 3 pagi, boleh bangun ke budak2 nie???? dan bermacam lg persoalan.. tp alhamdulillah kami BERJAYA...  puncak Broga berjaya kami tawan di subuh yang hening itu!!! Dari situ, terbit keinginan untuk terus mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah di masa-masa akan datang. Mane tidak nyer, lepas je SPM 2004 masing-masing membawa haluan untuk melanjutkan pelajaran jauh dari Klang, semakin jarang dan susah untuk berjumpa klu ada pun cume setahun skali iaitu pada hari raya aldilfitri. Maka selepas enam tahun kami meninggalkan alam persekolan dan keluar dari kampung untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi mahupun untuk bekerja mencari rezeki, kini kami kembali untuk menjadi insan yang  ingin berjasa kepada bangsa, agama dan masyarakat. Ahamdulillah, berkat kesepakatan kami maka kelab ini ditubuhkan sebagai wadah untuk kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah utk diri kami dan juga untuk mereka yang memerlukan...

 dari kiri: nanai, raje, sue, wanie, dan umair


Senario berpersatuan dan aktif dalam NGO (Non-Government Organisation) seperti ini lebih terkenal dikalangan generasi muda bukan melayu. Byk kajian yang dibuat menyaksikan anak-anak melayu kurang menyertai aktiviti berpersatuan yang berfaedah. Mereka lebeh gemar berpeleseran tanpa tujuan dan terlibat dalam aktiviti2 sosial yang hanya merugikan... persoalannya sampai bila anak-anak muda ini harus dibiarkan begini???? maka jangan dituding jari kepada kerajaan, dan pihak berwajib sahaja, tanyalah kepada diri anda apakah peranan yang telah anda mainkan untuk membantu menyelesaikan masalah ini... maka sy dan rakan-rakan berharap penubuhan kelab ini bukan hanya dapat memberi faedah bukan hanya kepada generasi muda secara khusus nya tetapi kepada masyarakat secara am nya..

Borang keahlian GGC

Antara ahli yang paling awal mendaftar


Objektif penubuhan kelab ini BUKAN hanya tertumpu pada benefit yang akan diterima oleh ahli, tetapi khidmat yang dapat disumbang kepada masyarakat... Oleh sebab itu, aktiviti-aktiviti kami bukan hanya tertumpu kepada sukan dan rekreasi tetapi juga khidmat bakti dan tanggungjawab sosial.. Sesuai dengan nama kelab 'go-green' kami berharap kelab ini secara kesuluruhan nya dapat menghasilkan atau sekurang2nya membentuk keperibadian yg positif.. Suka dengan hijau, suka dengan alam sekitar, suka untuk sihat dan aktiviti2 sihat, suka kan keamanan, suka kan kedamaian, suke menghulurkan bantuan, sayang sesama makhluk dan ciptaan tuhan serta mecintai NYA dengan sepenuh jiwa raga..




 yuran pendaftaran : 10 hengget jer..

Orang kuat GGC: dayah (Timbalan Presiden GGC)


Untuk itu saya menyeru kepada rakan-rakan diluar sana sama ada anda bekas pelajar SMKTG atau sesiapa jua yang berminat untuk menyertai kelab ini untuk mendaftar menjadi ahli GGC. Kelab ini secara rasmi akan didaftarkan dibawah Registrar of Youth (ROY) dan Kementerian Belia dan Sukan sebagai kelab yang sah.. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang besar.. Sy juga berharap anda dapat memberi sokongan kepada pihak jawantankuasa kelab dalam menjanlankan tugas mereka degan penuh dedikasi..

Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada rakan-rakan jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menubuhkan kelab ini.. Ini baru permulaan kepada perjuangan memartabatkan kelab ke peringkat yang lebih tggi lagi setanding kelab-kelab belia yang gah ditanah air kita ini. Sy harap semangat kesepakatan, kekitaan, dan team-work kita dapat dikekalkan sebagai kunci kepada kejayaan Go-Green Crew Club. Welcome to the Club!!!



Y.M RAJA SHAHRUL NIZAM RAJA YAHYA
President Go-Green Crew Club

Tuesday, December 14, 2010

Broga Hill Expedition...

Went to Broga Hill been our very first expedition ever for Go-Green Crew (GCC)....



siapa yang tak tahu ini lah Broga Hill atau nama melayu dia Bukit Lalang...Bukit ni terletak kat Semenyih, Selangor dalam 40 minit dari Kuala Lumpur dan lebih kurang sejam dari Klang...
Go-Green Crew telah berkumpul seawal 3.30 pagi pada 7 disember 2010 bersamaan cuti tahun baru islam....memandangkan hari tu cuti apa lagi ramai la crews yg join...suka2..

seramai sepuluh orang crews iaitu raja, haza, dayah, suraya, nazirul, hajar, din, kak arni, wani dan bf dia bertolak dgn 2 buah kereta lebih kurang 4.15 pagi dan akhirnya sampai ke Broga Hill jam 5.10 pagi...agak berjaya la kerana kami tak sesat..hehe....


disebabkan kat sana tak ada kemudahan untuk mendirikan solat kami pun singgah di University of Nottingham lima limit je dari bukit tu...teruja tengok kawasan university yang tersergam indah...rasa macam nak sambung belajar kat sana pulak...huhu...selesai je pekara wajib kami pun mulakan pendakian jam 6.20 pagi....







Go-Green Crew: raja dayah haza soraya hajar nazirul din arni wani n bf

kami ada sepuluh orang
go go go GCC
perjalanan kami bermula
raja yang penat...hehe
1st look out point...antara orang yg terawal sampai


lebih kurang 40 minit sampai la kat 1st look out point....cuaca hari tu agak mendung jadi tak berapa nak nampak matahari naik..tapi apapun pemandangan dari 1st look out point dah cukup buat go-green crew bersemangat untuk meneruskan pendakian sehingga ke look out point sterusnya...agak mencabar sebab tanah kat bukit tu memang agak licin memandangkan baru lepas hujan..

pengalaman paling best ktorang breakfast dekat 3rd look out point dengan sandwic...waktu breakfast 7.30 pagi sambil tengok view yang menghijau...sangat2 nyaman...nak tahu Broga Hill ada 4 look out point dengan jauh 1.7 km dr bawah...nak sampai last look out point lebih kurang dalam 1jam...

nak lagi mencabar, masa crews nak turun dr puncak..dengan keadaan licin, agak curam n orang yg ramai...salah langkah boleh jatuh tergolek2 kebawah..tp syukur alhamdulillah GGC selamat naik n turun tanpa sebarang kecederaan...


akhirnya misi kami berjaya dalam 9 pagi...tpi..ade misi lain lg..dah penat2 n berpeluh ni lah masanya nak pergi mandi..sambungan ekpedisi kat new post k..hehe..

tengokk tuh..........at 2nd look out point
2nd look out point

tengok la berapa banyak lalang kat bukit ni..ni la Bukit Lalang
dr 3rd look out point to 2nd look out point
1st group yang sampai 3rd look out point
nak tgk lg byk gambar boleh g kat link bawah ni atau join group kami di facebook..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1763558534298&set=a.1762535788730.2103477.1399160154#!/profile.php?id=100001725055659&v=wall