Friday, December 17, 2010

"Think Green, Go Green"

Ramai yang tertanya-tanya Go-Green Crew ni kelab ape? untuk siapa? tentang ape? malah pelbagai lagi persoalan tentang kelab yang tiba-tiba sahaja wujud ini... Untuk pengetahuan semua, kelab ini baru sahaja ditubuhkan pertengahan Disember 2010 oleh Jawatankuasa Penaja yang teridiri dari sy (Raja Shahrul Nizam), Noor Hidayah Aziz (Etot), Nur Soraya Zakaria (Sue), Syazwani (Kak Ani), Hazariah Hapiz (Haza), Hajar Jahari (Jaja), Nazirul Safwan (Bear), dan beberapa lagi rakan kami yg turut serta dalam cadangan menubuhkan sebuah kelab. Mungkin ramai yang terperanjat dengan kemunculan kelab ini. Maka disini sy ingin menerangkan lebih lanjut tentang sejarah penubuhan kelab ini.

 Mesyuarat bersama comittee GGC

Ahli-ahli GGC yang hadir




 Kelab ini ditubuhkan bertitik-tolak dari kejayaan Saudari Noor Hidayah (Etot) yang berjaya menganjurkan Program Ekspedisi Mendaki Bukit Broga pada cuti Maal Hijrah yang lalu bersama 10 orang rakan-rakan yang lain. Aktiviti reunion mengejut ini pada mulanya sukar dilihat untuk berjaya kerana khuatir dengan komitmen yang mungkin kurang dari rakan-rakan.. Mane tak nye, perancangan yang singkat ditambah dengan  hajat rakan-rakan untuk melihat matahari terbit di puncak Broga menambahkan kerisauan.. Kami masing2 bertanya kepada diri sendiri, boleh jd ke program nie??? nak kene berkumpul plak seawal 3 pagi, boleh bangun ke budak2 nie???? dan bermacam lg persoalan.. tp alhamdulillah kami BERJAYA...  puncak Broga berjaya kami tawan di subuh yang hening itu!!! Dari situ, terbit keinginan untuk terus mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah di masa-masa akan datang. Mane tidak nyer, lepas je SPM 2004 masing-masing membawa haluan untuk melanjutkan pelajaran jauh dari Klang, semakin jarang dan susah untuk berjumpa klu ada pun cume setahun skali iaitu pada hari raya aldilfitri. Maka selepas enam tahun kami meninggalkan alam persekolan dan keluar dari kampung untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi mahupun untuk bekerja mencari rezeki, kini kami kembali untuk menjadi insan yang  ingin berjasa kepada bangsa, agama dan masyarakat. Ahamdulillah, berkat kesepakatan kami maka kelab ini ditubuhkan sebagai wadah untuk kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah utk diri kami dan juga untuk mereka yang memerlukan...

 dari kiri: nanai, raje, sue, wanie, dan umair


Senario berpersatuan dan aktif dalam NGO (Non-Government Organisation) seperti ini lebih terkenal dikalangan generasi muda bukan melayu. Byk kajian yang dibuat menyaksikan anak-anak melayu kurang menyertai aktiviti berpersatuan yang berfaedah. Mereka lebeh gemar berpeleseran tanpa tujuan dan terlibat dalam aktiviti2 sosial yang hanya merugikan... persoalannya sampai bila anak-anak muda ini harus dibiarkan begini???? maka jangan dituding jari kepada kerajaan, dan pihak berwajib sahaja, tanyalah kepada diri anda apakah peranan yang telah anda mainkan untuk membantu menyelesaikan masalah ini... maka sy dan rakan-rakan berharap penubuhan kelab ini bukan hanya dapat memberi faedah bukan hanya kepada generasi muda secara khusus nya tetapi kepada masyarakat secara am nya..

Borang keahlian GGC

Antara ahli yang paling awal mendaftar


Objektif penubuhan kelab ini BUKAN hanya tertumpu pada benefit yang akan diterima oleh ahli, tetapi khidmat yang dapat disumbang kepada masyarakat... Oleh sebab itu, aktiviti-aktiviti kami bukan hanya tertumpu kepada sukan dan rekreasi tetapi juga khidmat bakti dan tanggungjawab sosial.. Sesuai dengan nama kelab 'go-green' kami berharap kelab ini secara kesuluruhan nya dapat menghasilkan atau sekurang2nya membentuk keperibadian yg positif.. Suka dengan hijau, suka dengan alam sekitar, suka untuk sihat dan aktiviti2 sihat, suka kan keamanan, suka kan kedamaian, suke menghulurkan bantuan, sayang sesama makhluk dan ciptaan tuhan serta mecintai NYA dengan sepenuh jiwa raga..




 yuran pendaftaran : 10 hengget jer..

Orang kuat GGC: dayah (Timbalan Presiden GGC)


Untuk itu saya menyeru kepada rakan-rakan diluar sana sama ada anda bekas pelajar SMKTG atau sesiapa jua yang berminat untuk menyertai kelab ini untuk mendaftar menjadi ahli GGC. Kelab ini secara rasmi akan didaftarkan dibawah Registrar of Youth (ROY) dan Kementerian Belia dan Sukan sebagai kelab yang sah.. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang besar.. Sy juga berharap anda dapat memberi sokongan kepada pihak jawantankuasa kelab dalam menjanlankan tugas mereka degan penuh dedikasi..

Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada rakan-rakan jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menubuhkan kelab ini.. Ini baru permulaan kepada perjuangan memartabatkan kelab ke peringkat yang lebih tggi lagi setanding kelab-kelab belia yang gah ditanah air kita ini. Sy harap semangat kesepakatan, kekitaan, dan team-work kita dapat dikekalkan sebagai kunci kepada kejayaan Go-Green Crew Club. Welcome to the Club!!!



Y.M RAJA SHAHRUL NIZAM RAJA YAHYA
President Go-Green Crew Club

No comments:

Post a Comment